Kebangkitan semula pada tahun 2010, dengan pelbagai masalah dan juga rintangan yang dihadapi pada tahun 2009. Kini ELzat De' Village memulakan semula projek arnab hias di simpang pulai Perak.
Amat mendukacitakan apabila projek yang baru dimulakan di Perak 2009 tergendala gara - gara anjing, cuaca, dan kawasan persekitaran. Sempena tahun baru ini, ELzat De' Village bersemangat untuk bangkit semula mencari kelainan.
Kami akan memaparkan gambar - gambar arnab untuk dijual di dalam blog, di mudah.com serta anda boleh terus datang ke kebun kami di Simpang Pulai,Perak.
Insyaallah awal bulan 2/2010 jika tiada halangan melintang ELzat De' Village boleh dijumpai di lokasi pasar tani tiap - tiap hari di kawasan sekitar Ipoh, Perak.
22 January 2010
Salam 1 Malaysia
Baka
Baka ditakrifkan sebagai sekumpulan individu dalam satu spesies yang berkongsi beberapa ciri morfologi dan fisologi dan apabila dibiak secara tulen akan menghasilkan bibit yang menunjukan ciri yang sama. Baka arnab boleh dibahagikan mengikut kegunaan iaitu untuk daging, kulit berbulu dan bulu.
Baka arnab juga boleh dikelaskan mengikut saiz badan sama ada besar, sederhana atau kecil. Saiz badan berkait rapat dengan pencapaian peringkat mengawan, kesuburan, kadar pertumbuhan dan kadar kematangan.
Baka pedaging
Saiz besar - Baka besar seperti Bouscat Giant White, Frence Lop, Flemish Giant dan French Papillon Giant mempunyai berat badan dewasa yang melebihi 5 kg. Baka ini banyak dipelihara di Eropah. Sistem pembiakbakaan tulen boleh diamalkan untuk membiakan baka ini. Dalam program pengacukan untuk meningkatkan saiz baka sederhana dan kecil, baka besar digunakan.
Saiz Sederhana - Baka yang popular dipelihara oleh penternak ialah baka sederhana besar dengan berat 3.5 - 4.5 kg. Antara baka ini termasuklah Californian White, New Zealand White, Champagne d’Argent, Grand Chinchilla, Burgandy Fawn, english Silver dan German Silver. Di samping mempunyai ciri pertumbuhan tisu otot yang pantas, baka Champagne d’Argent juga terkenal dengan mutu kulit berbulu yang tinggi.
Saiz kecil - Baka kecil mempunyai berat badan antara 2.5 - 3.0 kg. Baka Himalayan atau Rusia berasal dari negara China dan kemudiannya berkembang ke Rusia dan Poland. Baka ini mewarisi kadar pengovulan yang tinggi, membesar dengan cepat dan mempunyai sifat keibuan yang baik. Kos saraannya rendah berbanding dengan baka saiz besar dan saiz sederhana. Baka saiz kecil ini sesuai diternak untuk menghasilkan karkas arnab yang seberat 1.0 - 1.2 kg. Selain itu, terdapat juga jenis yang diternak sebagai haiwan kesayangan seperti baka Butterfly dan Hotot.
Baka untuk kulit berbulu
Kulit berbulu (pelt) digunakan untuk membuat hasilan kraftangan seperti baju, beg, alas tempat duduk dan topi. Antara baka arnab yang menghasilkan kulit berbulu yang bermutu tinggi ialah Rex, Champagne d’Argent, Lilac, Fox, Polish, Rhinelander dan Marten. Kebanyakan baka ini bersaiz sederhana.
Baka untuk bulu
Angora satu - satunya baka arnab yang diternak untuk pengeluaran bulu. Baka ini mempunyai gen resesif yang mengawal pengeluaran bula yang panjang. Permintaan untuk bulu Angora sangat tinggi dan pengeluaran dunia dianggarkan 4,000 tan setahun. Kebanyakan bulu baka Angora berwarna putih. Warna ini mudah diproses dan dicelup dengan warna - warna lain. Setiap ekor arnab Angora berupaya mengeluarkan 200 - 1100g bulu setahun.
Baka tempatan
Baka arnab tempatan berpotensi untuk pengeluaran daging. Baka ini tahan terhadap persekitaran tempatan. Contoh baka arnab tempatan ialah Baladi dari Sudan, Maltese dari Tunisia dan Creole dari Guadeloupe.
Genetik
Prestasi yang dilihat pada ciri luaran arnab (fenotip) ialah tanda kesan kandungan genetik dan persekitaran penting dalam menentukan tahap prestasi yang dicapai. Kandungan genetik ialah warisan keturunan yang diperolehi dari induk. 50% daripada induk jantan dan 50% daripada induk betina. Dalam satu persekitaran yang optimum, potensi pengeluaran arnab itu terhad dan bergantung pada kandungan genetiknya. Manakala keadaan persekitaran menentukan tahap pencapaian prestasi individu tersebut. Keadaan persekitaran yang dimaksudkan ialah tahap pemakanan, beban penyakit dan parasit, keadaan tegasan haba, keadaan perumahan dan pengurusan. Persekitaran yang sesuai akan memungkinkan individu menunjukan prestasi yang terbaik dalam mencapai potensi genetiknya. Arnab yang diternak tidak akan mencapai tahap pengeluaran yang tinggi jika hanya bergantung pada potensi genetiknya tanpa keadaan persekitaran yang sesuai.
18 January 2010
PENYAKIT ARNAB
JANGKITAN BAKTERIA
Pasteurellosis
Penyebab Pasteurella multocida
- Berlaku bila stress
- Antibiotik berkesan hanya sementara
- Singkir arnab berpenyakit
Kesan:
Abscess
Snuffles
Genital infection
Penyebab Yersinia pseudotuberculosis
- Pembentukan nodules di hati, paru-paru, limpa dan usus
- Jangkitan melalui pencemaran
- Bersifat kronik
- Penggunaan disinfektan
Listeriosis
Penyebab Listeria monocytogenes
- Kematian dan keguguran dalam masa singkat
- Pinpoint foci pada hati,limpa dan uterus
- Penggunaan antibiotik dan disinfektan
Staphylococcosis
Penyebab Staphylococcus aureus
- Septicaemia dan kematian anak dalam sarang
- Suppurative inflammation pada kulit dan kelenjar susu (dewasa)
- Jangkitan melalui aerosol dan sentuhan
- Pemberian antibiotik
Mastitis
Penyebab mastitis
- Mutu kebersihan sangkar
- Kelenjar susu bengkak
- Rawatan dengan penicillin
- Anak diberi susu gantian
- Singkir arnab yang tidak ekonomik (2 – 3 kelenjar susu rosak)
Pneumonia
Penyebab:
- Pasteurella sp
- Klebsiella pneumoniae
- Bordetella bronchiseptica
- Ventilasi, sanitasi dan sarang yang kurang memuaskan
- Anorexia dan dyspnea
- Rawatan dengan oxytetracycline @ penicillin
Enterotoxaemia
Penyebab Clostridium spiroforme
- Diarrhea
- Arnab berumur 4 – 8 minggu
- Usus dipenuhi cecair, dinding usus merah
- Tanda klinikal:
Mati dalam 48 jam
- Diarrhea pada semua peringkat umur
- Tanda klinikal:
Constipation dan impaction pada cecum
Bersifat kronik
Penyebab Bacillus piliformis
- Kematian arnab berumur 6 – 12 minggu
- Jangkitan secara oral (pencemaran)
- Tanda klinikal:
Necrotic enteritis
Penyebab Salmonella typhimurium
- Jarang berlaku, tidak penting
- Berkaitan kebersihan sangkar
- Tanda klinikal:
Conjunctivitis
Penyebab Staphylococcus aureus @ P.multocida
- Pada jantan dewasa dan anak
- Rawatan dengan antibiotik ointment
- Kes selalu berulang
PENYAKIT ARNAB
JANGKITAN VIRUS
Infectious myxomatosis
Penyebab Myxoma virus.
- Jangkitan melalui gigitan nyamuk dan sentuhan.
- Terjadi pada musim nyamuk membiak
- Euthanasi
Tanda klinikal:
- Conjunctivitis
- Anorexia
- Edema pada hidung, bibir dan mata
Shope fibroma
Penyebab Fibroma virus
- Bawaan vektor (serangga)
- Tumor pada kaki dan tapak kaki
- Berbulan-bulan sebelum hilang sendiri
Papillomatosis
- papovavirus nodule berwarna kelabu putih bawah lidah dan lantai mulut.
- Shope papiloma virus,Ketuat di leher, telinga, bahu dan perut
- Pencegahan dengan vaksin.
Rabbitpox
Penyebab vaccinia virus
- Demam, nasal dan conjunctival discharge
- Ruam pada kulit
- Kematian tinggi




